1 Sarai, isteri Abram, masih belum mempunyai anak. Tetapi Sarai mempunyai seorang hamba dari Mesir, seorang gadis yang bernama Hagar.
2 Sarai berkata kepada Abram, “TUHAN tidak membolehkan aku melahirkan anak. Oleh itu, tidurlah dengan hambaku ini. Mungkin dia dapat melahirkan seorang anak untukku.” Abram bersetuju dengan cadangan Sarai,
3 maka Sarai memberikan Hagar kepada Abram untuk dijadikan gundik. Pada masa itu Abram sudah tinggal di Kanaan selama sepuluh tahun.
4 Abram bersetubuh dengan Hagar, lalu perempuan itu mengandung. Tetapi apabila Hagar tahu bahawa dia mengandung, dia menjadi sombong lalu menghina Sarai.