6 Abram menjawab, “Baiklah, dia hambamu dan engkau berkuasa terhadapnya; perlakukanlah dia sesuka hatimu.” Kemudian Sarai memperlakukan Hagar dengan sangat kejam sehingga Hagar melarikan diri.
7 Malaikat TUHAN menjumpai Hagar dekat mata air di padang gurun, di jalan yang menuju ke padang gurun Syur.
8 Malaikat itu berkata, “Hagar, hamba Sarai, engkau dari mana dan hendak ke mana?”Hagar menjawab, “Hamba melarikan diri daripada tuan hamba, Sarai.”
9 Malaikat itu berkata, “Kembalilah kepadanya dan layanilah dia.”
10 Kemudian malaikat itu berkata, “Aku akan memberikan keturunan yang sangat banyak kepadamu, sehingga tiada seorang pun dapat menghitung mereka.
11 Tidak lama lagi engkau akan melahirkan seorang anak lelaki; namakanlah dia Ismael, kerana TUHAN sudah mendengar tangisanmu.
12 Tetapi anakmu itu akan hidup seperti keldai liar; dia akan melawan setiap orang dan setiap orang pun akan melawan dia. Dia akan hidup terpisah daripada semua sanak saudaranya.”