28 Tetapi mungkin hanya terdapat empat puluh lima orang yang tidak bersalah, dan bukan lima puluh orang. Adakah Engkau memusnahkan seluruh kota itu disebabkan kurang hanya lima orang?”TUHAN menjawab, “Aku tidak akan memusnahkan kota itu jika Aku mendapati empat puluh lima orang yang tidak bersalah.”
29 Abraham berkata lagi, “Mungkin hanya terdapat empat puluh orang.”TUHAN menjawab, “Aku tidak akan memusnahkannya jika Aku mendapati empat puluh orang.”
30 Abraham berkata, “Ya Tuhan, janganlah murka jika aku bercakap lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya tiga puluh orang?”TUHAN berfirman, “Aku tidak akan melakukannya jika Aku mendapati tiga puluh orang.”
31 Abraham berkata, “Ampunkanlah kelancanganku kerana tidak henti-henti bercakap kepada-Mu, ya Tuhan. Bagaimana jika hanya ada dua puluh orang?”TUHAN berfirman, “Aku tidak akan memusnahkan kota itu jika Aku mendapati dua puluh orang.”
32 Abraham berkata, “Ya Tuhan, janganlah murka. Aku akan bercakap hanya sekali lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya sepuluh orang?”TUHAN berfirman, “Aku tidak akan memusnahkannya jika Aku mendapati sepuluh orang.”
33 Selepas TUHAN berfirman kepada Abraham, TUHAN pergi, lalu Abraham pulang ke rumahnya.