1 Apabila dua malaikat itu tiba di Sodom pada petang itu, Lot sedang duduk di pintu gerbang kota. Sebaik sahaja dia nampak mereka, dia bangun dan pergi berjumpa dengan mereka. Dia bersujud di hadapan mereka
2 dan berkata, “Tuan-tuan, sila singgah di rumah saya. Tuan-tuan dapat membasuh kaki dan bermalam di rumah saya. Jika mahu, esok tuan-tuan dapat bangun awal dan meneruskan perjalanan.”Tetapi mereka menjawab, “Terima kasih, tetapi kami akan bermalam di sini saja, di padang kota.”
3 Lot mendesak mereka, maka akhirnya mereka masuk bersama dengan dia ke dalam rumahnya. Lot menyediakan hidangan lazat dan membakar roti secukupnya, lalu mereka makan.
4 Sebelum para tetamu itu tidur, orang Sodom mengepung rumah itu. Semua orang lelaki di kota itu, baik yang tua mahupun yang muda berada di situ.