17 Selepas itu satu daripada malaikat itu berkata, “Larilah, selamatkanlah diri kamu! Jangan menoleh, dan jangan berhenti di lembah. Larilah ke pergunungan supaya kamu tidak terbunuh!”
18 Tetapi Lot menjawab, “Janganlah suruh kami lari ke pergunungan.
19 Memang tuan sudah banyak menolong saya dan menyelamatkan saya, tetapi pergunungan itu terlalu jauh. Jangan-jangan bencana akan menyusuli saya dan saya akan mati sebelum tiba di sana.
20 Lihat, ada kota kecil yang tidak jauh dari sini. Benarkanlah saya lari ke sana supaya selamat.”
21 Malaikat itu menjawab, “Baiklah, aku tidak akan memusnahkan kota itu.
22 Cepat! Larilah! Aku tidak dapat berbuat apa-apa sebelum kamu sampai di sana.”Oleh sebab Lot mengatakan kota itu kecil, maka kota itu dinamakan Zoar.
23 Matahari sedang terbit ketika Lot tiba di Zoar.