34 Esoknya anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Aku sudah tidur dengan ayah semalam. Pada malam ini kita membuat dia mabuk lagi. Kemudian engkau pergi tidur dengan dia, supaya kita masing-masing mendapat anak.”
35 Demikianlah pada malam itu mereka membuat bapa mereka mabuk lagi, lalu anak perempuan yang bongsu pula berseketiduran dengan dia. Sekali lagi Lot menjadi terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku.
36 Kemudian kedua-dua orang anak Lot itu mengandung kerana bapa mereka sendiri.
37 Anak perempuan yang sulung melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Moab. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Moab yang ada sekarang.
38 Anak perempuan yang bongsu juga melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Ben-Ami. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Amon yang ada sekarang.