14 Selepas itu Raja Abimelekh mengembalikan Sara kepada Abraham, dan pada masa itu juga dia memberikan hamba, domba, dan lembu kepada Abraham.
15 Raja itu bertitah kepada Abraham, “Inilah seluruh negeri beta; tinggallah di mana saja kamu kehendaki.”
16 Baginda bertitah kepada Sara, “Beta memberikan seribu keping perak kepada abangmu sebagai bukti kepada semua orang yang ada bersama-samamu bahawa kamu benar-benar tidak bersalah.”
17-18 TUHAN sudah membuat semua wanita di istana Raja Abimelekh mandul kerana peristiwa yang berlaku kepada Sara, isteri Abraham. Kemudian Abraham berdoa kepada Allah, lalu Allah menyembuhkan Raja Abimelekh, isterinya, dan hamba-hamba perempuannya, sehingga wanita-wanita itu dapat melahirkan anak lagi.