18 Semua bangsa di dunia akan memohon kepada-Ku supaya Aku memberkati mereka sebagaimana Aku telah memberkati keturunanmu, kerana engkau sudah mentaati perintah-Ku.”
19 Selepas itu Abraham balik kepada hamba-hambanya, lalu mereka bersama-sama pergi ke Bersyeba; Abraham menetap di sana.
20 Abraham mempunyai abang yang bernama Nahor. Selepas kejadian itu, Abraham mendengar bahawa Milka, isteri Nahor sudah mempunyai lapan orang anak lelaki:
21 Us yang sulung; Bus adiknya; dan Kemuel yang kemudian menjadi bapa Aram;
22 Kesed, Hazo, Pildas, Yidlaf, dan Betuel
23 yang kemudian menjadi bapa Ribka.
24 Nahor mempunyai gundik yang bernama Reuma; gundiknya itu melahirkan Tebah, Gaham, Tahas, dan Maakha.