1 Pada suatu hari, ketika Ishak sudah tua dan buta pula, dia memanggil Esau, anaknya yang sulung, lalu berkata kepadanya, “Hai anakku!”“Ya, ayah,” jawab Esau.
2 Ishak berkata, “Engkau tahu bahawa aku sudah tua dan mungkin tidak hidup lama lagi.
3 Ambillah busur dan anak panahmu; pergilah memburu seekor binatang di padang.
4 Masaklah makanan lazat yang aku sukai, dan bawalah makanan itu kepadaku. Selepas aku memakannya, aku akan memberkati engkau sebelum aku meninggal.”
5 Percakapan Ishak dengan Esau itu didengar oleh Ribka. Maka selepas Esau berangkat untuk pergi berburu,