37 Ishak menjawab, “Aku sudah menjadikan dia tuanmu, dan semua saudara maranya aku jadikan hambanya. Aku sudah memberikan gandum serta wain kepadanya. Sekarang tiada apa-apa lagi yang boleh aku lakukan untukmu, nak!”
38 Esau terus-menerus merayu kepada bapanya, “Adakah ayah mempunyai satu berkat saja? Berkatilah saya juga, ayah!” Maka dia mula meraung-raung lagi.
39 Kemudian Ishak berkata kepadanya,“Tiada embun dari langit bagimu,tiada ladang yang subur untukmu.
40 Engkau akan hidup dengan pedangmu,tetapi menjadi hamba adikmu.Namun apabila engkau memberontak,engkau akan bebas daripada kuasanya.”
41 Maka Esau membenci Yakub kerana bapanya sudah memberikan berkatnya kepada Yakub. Esau berfikir, “Tidak lama lagi ayah akan meninggal dan apabila masa berkabung selesai, aku akan membunuh Yakub!”
42 Apabila Ribka mendengar tentang rancangan Esau, dia memanggil Yakub dan berkata, “Dengarlah, abangmu Esau merancang untuk membalas dendam dan membunuh engkau.
43 Sekarang, hai anakku, buatlah apa yang aku katakan. Pergilah dengan segera kepada abangku Laban, di Haran.