6 Ribka berkata kepada Yakub, “Aku baru saja mendengar bapamu berkata kepada Esau begini,
7 ‘Berilah aku seekor binatang buruan dan masaklah makanan yang lazat untuk aku. Selepas aku memakannya, aku akan memberkati engkau di hadapan TUHAN, sebelum aku meninggal.’ ”
8 Ribka berkata lagi, “Sekarang, hai anakku, dengarlah aku dan lakukanlah apa yang aku katakan ini.
9 Pergilah ke tempat kawanan domba kita dan pilihlah dua ekor anak kambing yang gemuk supaya aku memasak makanan yang sangat disukai bapamu.
10 Kemudian bawalah makanan itu kepadanya supaya dimakannya. Selepas itu dia akan memberkati engkau, sebelum dia meninggal.”
11 Tetapi Yakub berkata kepada ibunya, “Mak tahu badan Esau berbulu, sedangkan badan saya tidak.
12 Jangan-jangan ayah meraba badan saya dan tahu bahawa saya menipu dia; nanti dia tidak akan memberkati saya, sebaliknya mengutuk saya pula.”