25 Pagi esoknya barulah Yakub sedar bahawa Lea yang dikahwininya. Dia pergi berjumpa dengan Laban dan berkata, “Mengapa pak cik melakukan hal ini kepada saya? Saya sudah bekerja untuk mendapat Rahel. Mengapakah pak cik menipu saya?”
26 Laban menjawab, “Menurut adat di sini, adik tidak boleh berkahwin sebelum kakaknya berkahwin.
27 Tunggulah sampai selesai pesta tujuh hari perkahwinanmu ini, maka aku akan menyerahkan Rahel kepadamu, jika kamu mahu bekerja untukku selama tujuh tahun lagi.”
28 Yakub bersetuju, dan apabila selesai pesta perkahwinan itu, Laban menyerahkan Rahel kepada Yakub untuk menjadi isterinya. (
29 Laban menyerahkan Bilha, hamba perempuannya kepada anaknya Rahel, untuk menjadi hambanya.)
30 Yakub juga bersetubuh dengan Rahel, dan dia mengasihi Rahel lebih daripada Lea. Kemudian Yakub bekerja untuk Laban selama tujuh tahun lagi.
31 Apabila TUHAN nampak bahawa Lea tidak begitu dikasihi seperti Rahel, Dia mengizinkan Lea melahirkan anak tetapi Rahel tetap tidak mendapat anak.