23 Rahel mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Rahel berkata, “Allah sudah menghapuskan keaibanku.
24 Semoga TUHAN memberikan seorang anak lelaki lagi kepadaku.” Maka dia menamakan anaknya itu Yusuf.
25 Selepas Rahel melahirkan Yusuf, Yakub berkata kepada Laban, “Izinkanlah saya pulang ke negeri saya.
26 Berilah saya anak isteri yang saya dapat dengan bekerja bagi pak cik, lalu saya akan pulang. Pak cik tahu, saya sudah bekerja keras.”
27 Laban berkata kepadanya, “Dengar dulu. Melalui ramalan, aku tahu bahawa TUHAN sudah memberkati aku kerana kamu.
28 Katakan saja berapa yang kamu minta dan aku akan membayarnya.”
29 Yakub menjawab, “Pak cik sendiri tahu bahawa saya sudah bekerja keras, dan ternakan pak cik bertambah banyak di bawah jagaan saya.