4 Rahel memberikan Bilha kepada suaminya, lalu Yakub bersetubuh dengan hamba itu.
5 Bilha mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki.
6 Rahel berkata, “Allah sudah mengadili bagi kepentinganku. Dia sudah mendengar doaku dan memberikan seorang anak lelaki kepadaku.” Maka dia menamakan anak itu Dan.
7 Bilha mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki.
8 Rahel berkata, “Aku telah berjuang mati-matian melawan kakakku, dan aku sudah menang.” Maka dia menamakan anak itu Naftali.
9 Apabila Lea sedar bahawa dia tidak mendapat anak lagi, dia memberikan hambanya Zilpa kepada Yakub, untuk menjadi isterinya.
10 Kemudian Zilpa melahirkan seorang anak lelaki.