8 Rahel berkata, “Aku telah berjuang mati-matian melawan kakakku, dan aku sudah menang.” Maka dia menamakan anak itu Naftali.
9 Apabila Lea sedar bahawa dia tidak mendapat anak lagi, dia memberikan hambanya Zilpa kepada Yakub, untuk menjadi isterinya.
10 Kemudian Zilpa melahirkan seorang anak lelaki.
11 Lea berkata, “Aku beruntung.” Maka dia menamakan anak itu Gad.
12 Zilpa melahirkan seorang anak lelaki lagi,
13 dan Lea berkata, “Alangkah berbahagianya aku! Sekarang semua wanita akan mengatakan aku berbahagia.” Maka dia menamakan anak itu Asyer.
14 Pada musim menuai gandum, Ruben pergi ke ladang dan menjumpai sejenis tumbuhan ubat di sana. Dia membawa tumbuhan itu kepada Lea, ibunya. Rahel berkata kepada Lea, “Berilah aku sedikit tumbuhan ubat yang dijumpai anakmu itu.”