11 Malaikat Allah berkata kepadaku dalam mimpi itu, ‘Yakub!’ Aku pun menjawab, ‘Ya.’
12 Malaikat itu berkata lagi, ‘Lihat, semua kambing jantan yang sedang mengawan itu loreng, berbintik-bintik, dan belang. Aku sengaja mengatur hal itu bagimu kerana aku telah melihat semua yang dilakukan oleh Laban terhadapmu.
13 Akulah Allah yang telah menampakkan diri kepadamu di Betel. Di sana engkau telah mentahbiskan sebuah batu peringatan, dengan menuang minyak zaitun di atasnya. Di sana pula engkau bersumpah kepada-Ku. Sekarang bersiaplah dan kembalilah ke negeri kelahiranmu.’ ”
14 Kemudian Lea dan Rahel menjawab, “Tidak ada lagi bahagian daripada kekayaan bapa kami yang akan kami warisi.
15 Dia memperlakukan kami seperti orang asing. Dia telah menjual kami, dan apa yang telah diterimanya untuk itu telah dihabiskannya juga.
16 Segala kekayaan yang telah diambil oleh Allah daripada bapa kami, sebenarnya milik kami dan anak-anak kami. Lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu.”
17-18 Kemudian Yakub bersiap untuk pulang kepada bapanya di negeri Kanaan. Dia menaikkan semua isteri dan anaknya ke atas unta-unta, lalu dia menggiring ternakannya, dan membawa semua yang telah diperolehnya di Mesopotamia.