16 Segala kekayaan yang telah diambil oleh Allah daripada bapa kami, sebenarnya milik kami dan anak-anak kami. Lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu.”
17-18 Kemudian Yakub bersiap untuk pulang kepada bapanya di negeri Kanaan. Dia menaikkan semua isteri dan anaknya ke atas unta-unta, lalu dia menggiring ternakannya, dan membawa semua yang telah diperolehnya di Mesopotamia.
19 Pada masa itu Laban berada di padang dan sedang menggunting bulu dombanya. Pada masa itulah Rahel mencuri patung pelindung keluarga kepunyaan bapanya.
20 Yakub menipu Laban dengan tidak memberitahu keberangkatannya kepada Laban.
21 Yakub mengambil segala harta miliknya lalu pergi dengan segera. Dia menyeberangi Sungai Efrat lalu menuju ke kawasan pergunungan Gilead.
22 Tiga hari kemudian Laban diberitahu bahawa Yakub telah lari.
23 Oleh itu Laban mengumpulkan sanak saudaranya. Kemudian dia bersama dengan mereka, mengejar Yakub selama tujuh hari sampai menyusuli dia di kawasan pergunungan Gilead.