19 Pada masa itu Laban berada di padang dan sedang menggunting bulu dombanya. Pada masa itulah Rahel mencuri patung pelindung keluarga kepunyaan bapanya.
20 Yakub menipu Laban dengan tidak memberitahu keberangkatannya kepada Laban.
21 Yakub mengambil segala harta miliknya lalu pergi dengan segera. Dia menyeberangi Sungai Efrat lalu menuju ke kawasan pergunungan Gilead.
22 Tiga hari kemudian Laban diberitahu bahawa Yakub telah lari.
23 Oleh itu Laban mengumpulkan sanak saudaranya. Kemudian dia bersama dengan mereka, mengejar Yakub selama tujuh hari sampai menyusuli dia di kawasan pergunungan Gilead.
24 Pada malam itu Allah datang kepada Laban dalam mimpinya, dan berfirman, “Awas, jangan sekali-kali ancam Yakub dengan sepatah kata pun.”
25 Pada masa itu Yakub telah memasang khemahnya di sebuah bukit. Kemudian di kawasan itu juga, di pergunungan Gilead, Laban dan anak buahnya memasang khemah mereka.