4 Oleh itu Yakub menyuruh orang memberitahu Rahel dan Lea supaya berjumpa dengan dia di padang, di tempat ternakannya.
5 Yakub berkata kepada mereka, “Aku nampak bahawa bapa kamu tidak lagi ramah dengan aku seperti biasanya, tetapi Allah yang disembah bapaku menyertai aku.
6 Kamu berdua juga tahu bahawa aku telah bekerja bagi bapa kamu dengan sekuat tenaga.
7 Meskipun begitu aku telah ditipunya dan upahku diubahnya sampai sepuluh kali. Tetapi Allah tidak membiarkan dia berbuat jahat kepadaku.
8 Apabila bapa kamu berkata, ‘Kambing yang berbintik-bintik akan menjadi upahmu,’ maka ternakan itu melahirkan anak yang berbintik-bintik. Apabila dia berkata, ‘Kambing yang belang akan menjadi upahmu,’ maka ternakan itu melahirkan anak yang belang.
9 Demikianlah Allah mengambil ternakan kepunyaan bapa kamu, lalu memberikannya kepadaku.
10 Pada musim ternakan mengawan, aku bermimpi dan melihat semua kambing jantan yang sedang mengawan itu loreng, berbintik-bintik, dan belang.