52 Baik timbunan ini mahupun batu peringatan ini mengingatkan kita bahawa aku tidak boleh melalui timbunan ini untuk menyerang kamu, dan kamu pun tidak boleh melalui timbunan ini dan batu peringatan ini untuk menyerang aku.
53 Allah yang disembah Abraham dan disembah bapaku Nahor akan menjadi hakim antara kita.” Kemudian Yakub bersumpah demi Allah yang disembah oleh Ishak, bapanya, untuk memegang perjanjiannya.
54 Dia menyembelih seekor binatang dan mempersembahkannya sebagai korban di atas bukit itu. Dia menjemput semua anak buahnya untuk makan bersama. Setelah selesai makan, mereka bermalam di bukit itu.
55 Awal pagi esoknya, Laban memberikan ciuman perpisahan kepada anak cucunya, memberkati mereka, lalu pulang ke tempat tinggalnya.