1 Yakub meneruskan perjalanannya. Kemudian malaikat-malaikat Allah datang berjumpa dengan dia.
2 Apabila Yakub nampak malaikat-malaikat itu, dia berkata, “Ini perkhemahan Allah.” Oleh itu dia menamakan tempat itu Mahanaim.
3 Selepas itu, Yakub menyuruh beberapa orang utusan berjalan mendahului dia ke negeri Edom untuk berjumpa dengan Esau, abangnya.
4 Yakub berkata kepada mereka, “Katakanlah kepada abangku Esau begini, ‘Saya Yakub, hamba tuan. Selama ini saya telah tinggal bersama dengan Laban.
5 Sekarang saya mempunyai lembu, keldai, domba, kambing, dan hamba. Saya mengirim khabar kepada tuan dengan harapan agar tuan akan baik hati kepada saya.’ ”
6 Apabila para utusan kembali kepada Yakub, mereka berkata, “Kami sudah menemui Esau, abang tuan. Sekarang dia dalam perjalanan ke sini untuk berjumpa dengan tuan. Dia datang bersama dengan empat ratus orang.”