8 Esau bertanya, “Apakah maksudmu dengan rombongan-rombongan yang saya jumpai tadi?”Yakub menjawab, “Untuk menyenangkan hati abang.”
9 Tetapi Esau berkata, “Harta saya sudah cukup. Adik tidak perlu memberikan hadiah kepada saya.”
10 Yakub berkata, “Jika saya menyenangkan hati abang, terimalah hadiah saya itu. Bagi saya, melihat wajah abang sama dengan melihat wajah Allah kerana abang begitu ramah kepada saya.
11 Saya mohon, terimalah hadiah yang saya bawa itu. Allah sangat baik kepada saya dan memberikan segala sesuatu yang saya perlukan.” Yakub terus-menerus mendesaknya sampai akhirnya Esau menerima hadiah itu.
12 Kemudian Esau berkata, “Marilah kita bersiap-siap untuk berangkat. Saya akan berjalan bersama-sama kamu.”
13 Yakub menjawab, “Abang tahu bahawa anak-anak ini lemah, dan saya harus berhati-hati dengan semua ternakan yang sedang menyusui anak. Jika digiring dengan cepat-cepat, walaupun hanya satu hari, semua kawanan binatang itu akan mati.
14 Berjalanlah lebih dahulu, lalu saya akan mengikut dengan perlahan-lahan. Saya akan berjalan secepat mungkin bersama dengan ternakan dan anak-anak saya, sampai dapat menyusul abang di Edom.”