33 Yakub mengenali jubah itu, lalu berkata, “Benar, ini jubah anakku! Dia sudah diterkam binatang buas. Aduhai, anakku Yusuf sudah mati dicarik-carik binatang!”
34 Yakub mengoyakkan pakaiannya kerana sedih lalu memakai kain guni. Dia meratapi anaknya itu berhari-hari lamanya.
35 Semua anak Yakub, baik lelaki mahupun perempuan datang menghibur dia, tetapi dia tidak mahu dihibur. Yakub berkata, “Aku tidak akan berhenti berkabung bagi anakku sehingga aku mati.” Demikianlah dia terus-menerus berkabung bagi anaknya Yusuf.
36 Sementara itu, di Mesir, orang Midian sudah menjual Yusuf kepada Potifar, seorang pegawai raja yang menjadi ketua pengawal istana.