15 Apabila Yehuda melihat Tamar, dia menyangka perempuan itu seorang pelacur kerana mukanya bertudung.
16 Oleh itu Yehuda menghampirinya di pinggir jalan dan berkata, “Berapakah yang kamu minta?” Dia tidak tahu perempuan itu menantunya sendiri.Tamar menjawab, “Apakah yang tuan mahu berikan?”
17 Yehuda berkata lagi, “Aku akan memberikan seekor kambing muda kepadamu.”Tamar menjawab, “Boleh, asal tuan memberi saya cagaran sehingga tuan mengirimkan kambing itu.”
18 Yehuda bertanya, “Apakah yang dapat kuberikan sebagai cagaran kepadamu?”Tamar menjawab, “Berilah saya meterai tuan dengan talinya dan juga tongkat yang tuan bawa itu.” Yehuda memberikan benda-benda itu kepadanya. Kemudian mereka bersetubuh, lalu Tamar mengandung.
19 Tamar pulang ke rumah dan membuka tudung mukanya, lalu memakai semula pakaian balu.
20 Beberapa lama kemudian Yehuda mengutus Hira, temannya, untuk menghantarkan kambing itu dan meminta balik benda-benda yang telah diberikannya sebagai cagaran, tetapi Hira tidak dapat menjumpai perempuan itu.
21 Hira bertanya-tanya kepada orang di Enaim, “Di manakah pelacur yang biasanya menunggu di pinggir jalan ini?”Mereka menjawab, “Tidak pernah ada pelacur di sini.”