22 Oleh itu Hira kembali kepada Yehuda dan berkata, “Aku tidak dapat menjumpai perempuan itu. Menurut kata orang di sana, tidak pernah ada pelacur di situ.”
23 Yehuda berkata, “Biarlah benda-benda itu disimpannya, asal saja kita tidak mendapat malu. Aku sudah berusaha untuk membayar perempuan itu tetapi kamu tidak dapat menjumpai dia.”
24 Kira-kira tiga bulan kemudian Yehuda mendapat khabar bahawa Tamar, menantunya, telah berlaku sebagai pelacur dan sudah mengandung.Lalu Yehuda memerintahkan, “Bawalah dia keluar dan bakarlah sampai mati!”
25 Sementara Tamar dibawa keluar, dia mengirimkan pesan kepada bapa mentuanya, “Saya telah dihamilkan oleh pemilik benda-benda ini. Periksalah meterai ini dengan talinya, serta tongkat ini, dan lihatlah siapa pemiliknya.”
26 Yehuda mengenali benda-benda itu dan berkata, “Perempuan itu tidak bersalah. Aku tidak melakukan kewajipanku terhadap dia; seharusnya aku mengahwinkan dia dengan anakku Syela.” Yehuda tidak bersetubuh dengan Tamar lagi.
27 Apabila tiba masanya bagi Tamar bersalin, ternyata dia akan melahirkan anak kembar.
28 Sedang dia bersalin, salah seorang bayi kembar itu mengeluarkan tangannya, lalu bidan memegang tangan itu dan mengikatnya dengan benang merah. Bidan berkata, “Anak ini dilahirkan lebih dahulu.”