25 Selepas itu mereka menyediakan hadiah untuk diberikan kepada Yusuf apabila dia datang pada waktu tengah hari, kerana mereka sudah diberitahu bahawa mereka akan makan bersama dengan Yusuf.
26 Apabila Yusuf sampai di rumah, mereka memberikan hadiah-hadiah itu kepada Yusuf sambil bersujud.
27 Yusuf bertanya tentang keadaan mereka, lalu berkata, “Apa khabar bapa kamu yang sudah tua itu, yang pernah kamu ceritakan kepadaku? Adakah dia masih hidup dan sihat?”
28 Mereka menjawab, “Bapa kami, hamba tuan, masih hidup dan sihat.” Mereka pun bersujud di hadapannya.
29 Apabila Yusuf melihat Benyamin, adiknya, dia berkata, “Inikah adik kamu yang bongsu itu, yang kamu beritahukan aku? Semoga Allah memberkati engkau, anakku.”
30 Yusuf berasa terharu kerana rindu dan sayang akan adiknya. Dia hampir tidak dapat menahan diri, kerana itu dia pergi dari situ dengan tiba-tiba, lalu masuk ke biliknya dan menangis.
31 Kemudian dia membasuh mukanya, lalu keluar lagi, dan dengan menahan perasaannya dia menyuruh orang menghidangkan makanan.