19 Tuan sudah bertanya kepada kami, ‘Adakah kamu masih mempunyai bapa atau adik lelaki lain?’
20 Kami menjawab, ‘Bapa kami sudah tua dan adik kami dilahirkan ketika bapa kami telah lanjut usia. Abang seibu adik kami itu sudah meninggal, lalu sekarang hanya dia yang masih hidup, dan ayah sangat menyayangi dia.’
21 Tuan menyuruh kami membawa dia ke sini supaya tuan dapat melihatnya,
22 lalu kami menjawab bahawa anak itu tidak dapat berpisah daripada bapanya; jika dia berpisah daripadanya, bapanya akan meninggal.
23 Kemudian tuan berkata, ‘Kamu tidak boleh menghadap aku lagi jika tidak membawa adik bongsu kamu.’
24 Apabila kami kembali kepada bapa kami, kami sampaikan kata-kata tuan itu kepadanya.
25 Kemudian bapa kami menyuruh kami datang lagi ke sini untuk membeli makanan.