19 Suruhlah mereka membawa beberapa buah pedati dari sini untuk isteri serta anak-anak mereka yang masih kecil, dan untuk membawa bapa mereka ke sini.
20 Mereka tidak perlu memikirkan barang-barang yang terpaksa mereka tinggalkan, kerana yang terbaik di seluruh Mesir akan menjadi kepunyaan mereka.”
21 Anak-anak Yakub melakukan perintah raja itu. Yusuf memberi mereka beberapa buah pedati, menurut perintah raja, dan juga bekal makanan untuk perjalanan.
22 Yusuf memberikan sepasang pakaian baru kepada setiap saudaranya, tetapi dia memberikan tiga ratus keping perak dan lima pasang pakaian baru kepada Benyamin.
23 Yusuf mengirim sepuluh ekor keldai yang dimuati barang-barang yang terbaik dari Mesir kepada bapanya. Selain itu Yusuf juga mengirim sepuluh ekor keldai yang dimuati gandum, roti dan makanan lain untuk bapanya dalam perjalanannya kelak.
24 Kemudian Yusuf menghantar saudara-saudaranya sambil berkata, “Jangan bertengkar dalam perjalanan.”
25 Mereka meninggalkan Mesir dan pulang kepada Yakub, bapa mereka di Kanaan.