3 Raja bertanya kepada mereka, “Apakah pekerjaan kamu?”Mereka menjawab, “Hamba sekalian gembala ternakan seperti nenek moyang hamba sekalian.
4 Hamba semua datang untuk tinggal di negeri ini kerana kebuluran di tanah Kanaan terlalu dahsyat, sehingga tiada lagi rumput untuk ternakan. Benarkanlah hamba sekalian tinggal di daerah Gosyen.”
5 Lalu raja bertitah kepada Yusuf, “Sekarang bapa dan saudara-saudaramu telah tiba di sini.
6 Anggaplah negeri Mesir sebagai negerimu sendiri. Biarlah mereka menetap di daerah Gosyen, daerah yang terbaik di negeri ini. Jika ada orang yang cekap antara mereka, tugaskanlah orang itu menjaga ternakan beta.”
7 Yusuf juga membawa bapanya menghadap raja. Yakub memberkati raja,
8 lalu raja bertanya kepadanya, “Berapakah umurmu?”
9 Yakub menjawab, “Hamba sudah hidup seratus tiga puluh tahun sebagai pengembara. Hidup hamba ini singkat dan penuh dengan kesukaran, tidak seperti panjangnya umur nenek moyang hamba yang hidup sebagai pengembara.”