18 Dia berkata kepada bapanya, “Jangan begitu, ayah. Inilah anak yang sulung; letakkanlah tangan kanan ayah ke atas kepalanya.”
19 Tetapi bapanya membantah dan berkata, “Aku tahu, anakku, aku tahu. Manasye juga akan berkuasa dan keturunannya pun akan menjadi bangsa yang besar. Tetapi adiknya akan lebih berkuasa daripada dia, dan keturunan adiknya akan menjadi bangsa-bangsa yang besar.”
20 Yakub memberkati anak-anak itu pada hari itu, katanya, “Orang Israel akan menyebut nama kamu apabila mereka memberkati orang. Mereka akan berkata, ‘Semoga Allah menjadikan kamu seperti Efraim dan Manasye.’ ” Dengan demikian Yakub mendahulukan Efraim daripada Manasye.
21 Selepas itu Yakub berkata kepada Yusuf, “Lihatlah, tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas yang terakhir, tetapi Allah akan menyertai kamu dan membawa kamu kembali ke negeri nenek moyang kamu.
22 Aku memberikan Sikhem kepadamu dan bukan kepada saudara-saudaramu; kawasan yang subur yang kurebut daripada orang Amori dengan pedang dan panahku.”