6 Jika engkau mendapat anak lelaki lagi, mereka tidak akan kuanggap sebagai anakku melainkan tetap anakmu; mereka akan menerima warisan daripada Efraim dan Manasye.
7 Aku melakukan hal ini kerana ibumu Rahel. Ketika aku dalam perjalanan pulang dari Mesopotamia, ibumu meninggal di tanah Kanaan, tidak jauh dari Efrata, dan aku sangat sedih. Aku mengebumikan dia di sana, di tepi jalan ke Efrata.” (Kini Efrata dikenal sebagai Betlehem.)
8 Apabila Yakub nampak anak-anak lelaki Yusuf itu, dia bertanya, “Siapakah anak-anak ini?”
9 Yusuf menjawab, “Inilah anak-anakku yang diberikan Allah kepadaku di sini, di Mesir.” Yakub berkata, “Bawalah mereka mendekati aku supaya aku memberkati mereka.”
10 Yakub kabur mata kerana sudah tua, dan dia tidak dapat melihat dengan jelas. Yusuf mendekatkan anak-anak itu kepada Yakub, lalu Yakub memeluk dan mencium mereka.
11 Kemudian Yakub berkata kepada Yusuf, “Aku tidak sangka dapat berjumpa dengan kamu lagi, tetapi kini Allah mengizinkan aku nampak anak-anakmu juga.”
12 Selepas itu Yusuf mengambil mereka dari pangkuan Yakub, lalu Yusuf bersujud di hadapan bapanya.