5 TUHAN nampak betapa jahatnya manusia di bumi; fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan.
6 Oleh itu TUHAN menyesal kerana sudah menjadikan manusia dan menempatkan mereka di bumi. TUHAN begitu kecewa
7 sehingga Dia berfirman, “Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu, dan juga semua binatang serta burung, kerana Aku menyesal menciptakan semuanya.”
8 Tetapi Nuh menyenangkan hati TUHAN.
9-10 Inilah riwayat Nuh. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham. Nuh tidak berbuat salah, dan dia satu-satunya orang yang baik pada zamannya. Dia hidup akrab dengan Allah,
11 tetapi semua orang lain jahat di sisi Allah, dan kekejaman terdapat di mana-mana.
12 Allah memandang dunia dan nampak kejahatan sahaja, kerana kehidupan semua manusia jahat.