8 Tetapi Nuh menyenangkan hati TUHAN.
9-10 Inilah riwayat Nuh. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham. Nuh tidak berbuat salah, dan dia satu-satunya orang yang baik pada zamannya. Dia hidup akrab dengan Allah,
11 tetapi semua orang lain jahat di sisi Allah, dan kekejaman terdapat di mana-mana.
12 Allah memandang dunia dan nampak kejahatan sahaja, kerana kehidupan semua manusia jahat.
13 Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, “Aku sudah mengambil keputusan untuk menamatkan hidup semua manusia. Aku akan membinasakan mereka berserta bumi, kerana bumi sudah penuh dengan kekejaman mereka.
14 Binalah sebuah bahtera untukmu; sebuah bahtera daripada kayu keras. Buatlah bilik-bilik di dalamnya, dan lapisilah bahagian dalam dan luar bahtera itu dengan tar.
15 Bahtera itu harus berukuran 133 meter panjang, 22 meter lebar, dan 13 meter tinggi.