23 Orang Mesir tidak dapat melihat satu sama lain, dan tiada seorang pun yang keluar dari rumah sepanjang masa itu. Tetapi tempat tinggal orang Israel tetap terang.
24 Kemudian raja memanggil Musa dan bertitah, “Kamu boleh pergi dan beribadat kepada TUHAN. Isteri dan anak-anak kamu juga boleh pergi bersama dengan kamu, tetapi kamu tidak boleh membawa domba, kambing, dan lembu kamu.”
25 Musa menjawab, “Jika demikian, tuanku mesti menyediakan ternakan sebagai korban yang dipersembahkan kepada TUHAN, dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, Allah hamba sekalian.
26 Hamba semua mesti membawa semua ternakan; seekor pun tidak boleh ditinggalkan. Hamba sekalian mesti memilih ternakan yang akan dipersembahkan kepada TUHAN, Allah hamba semua. Selepas hamba sekalian tiba di sana, barulah hamba semua tahu ternakan mana yang akan dipersembahkan.”
27 TUHAN menyebabkan raja berdegil sehingga raja tidak mahu membenarkan orang Israel pergi.
28 Raja bertitah kepada Musa, “Pergilah dari sini! Jangan menghadap beta lagi! Jika engkau menghadap beta lagi, engkau akan mati.”
29 “Seperti titah perintah tuanku,” jawab Musa, “hamba tidak akan menghadap tuanku lagi.”