1 TUHAN berfirman kepada Musa,
2 “Tahbiskanlah semua anak lelaki sulung bagi-Ku. Setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan adalah kepunyaan-Ku.”
3 Musa berkata kepada orang Israel, “Ingatlah hari ini, hari kamu meninggalkan Mesir, tempat kamu dijadikan hamba. Pada hari ini TUHAN membawa kamu keluar dengan kuasa-Nya yang besar; kamu tidak boleh makan roti yang beragi.
4 Kamu meninggalkan Mesir pada hari ini, pada bulan Abib, iaitu bulan yang pertama.
5 TUHAN telah bersumpah kepada nenek moyang kamu untuk memberi kamu tanah orang Kanaan, Het, Amori, Hewi, dan Yebusi. Tanah itu kaya dan subur. Selepas TUHAN membawa kamu ke tanah itu, kamu mesti merayakan perayaan ini tiap-tiap tahun, pada bulan yang pertama.