2 “Tahbiskanlah semua anak lelaki sulung bagi-Ku. Setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan adalah kepunyaan-Ku.”
3 Musa berkata kepada orang Israel, “Ingatlah hari ini, hari kamu meninggalkan Mesir, tempat kamu dijadikan hamba. Pada hari ini TUHAN membawa kamu keluar dengan kuasa-Nya yang besar; kamu tidak boleh makan roti yang beragi.
4 Kamu meninggalkan Mesir pada hari ini, pada bulan Abib, iaitu bulan yang pertama.
5 TUHAN telah bersumpah kepada nenek moyang kamu untuk memberi kamu tanah orang Kanaan, Het, Amori, Hewi, dan Yebusi. Tanah itu kaya dan subur. Selepas TUHAN membawa kamu ke tanah itu, kamu mesti merayakan perayaan ini tiap-tiap tahun, pada bulan yang pertama.
6 Kamu mesti makan roti yang tidak beragi selama tujuh hari, dan pada hari yang ketujuh adakanlah perayaan untuk menghormati TUHAN.
7 Selama tujuh hari, kamu mesti makan roti yang tidak beragi. Di seluruh negeri kamu, tidak boleh ada ragi atau apa-apa pun yang beragi.
8 Pada permulaan perayaan itu, terangkanlah kepada anak-anak lelaki kamu bahawa kamu melakukan semuanya kerana apa yang telah dilakukan TUHAN untuk kamu, ketika kamu meninggalkan negeri Mesir.