8 Pada permulaan perayaan itu, terangkanlah kepada anak-anak lelaki kamu bahawa kamu melakukan semuanya kerana apa yang telah dilakukan TUHAN untuk kamu, ketika kamu meninggalkan negeri Mesir.
9 Perayaan ini akan menjadi satu peringatan, seperti tanda yang diikat pada tangan atau dahi kamu, untuk mengingatkan kamu bahawa kamu mesti terus-menerus mengucapkan dan mengkaji Taurat TUHAN, kerana TUHAN telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya yang besar.
10 Rayakanlah perayaan ini tiap-tiap tahun, pada masa yang ditetapkan.”
11 Musa berkata kepada orang Israel, “TUHAN akan membawa kamu ke tanah orang Kanaan, yang telah dijanjikan-Nya kepada kamu dan nenek moyang kamu. Selepas Dia memberikannya kepada kamu,
12 kamu mesti mempersembahkan setiap anak lelaki sulung kepada TUHAN. Setiap anak jantan sulung ternakan kamu adalah kepunyaan TUHAN.
13 Tetapi setiap anak jantan sulung keldai mesti kamu tebus daripada-Nya dengan mempersembahkan seekor anak domba sebagai ganti. Jika kamu tidak mahu menebus anak keldai itu, kamu mesti mematahkan lehernya. Kamu mesti menebus setiap anak lelaki sulung kamu.
14 Pada masa hadapan, apabila anak lelaki kamu bertanya akan makna semuanya ini, hendaklah kamu menjawab begini, ‘Dengan kuasa yang besar, TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir, tempat kita dijadikan hamba.