1 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa,
2 “Suruhlah orang Israel kembali dan berkhemah di hadapan kota Pi-Hahirot, di antara kota Migdol dan Laut Gelagah, dekat kota Baal-Zefon.
3 Raja Mesir akan menyangka bahawa orang Israel sedang mengembara di negeri ini dan takut melintasi padang gurun.
4 Aku akan menyebabkan raja Mesir berdegil sehingga dia mengejar kamu; kemenangan-Ku atas raja itu akan mendatangkan penghormatan kepada-Ku. Kemudian orang Mesir akan tahu bahawa Akulah TUHAN.” Orang Israel melakukan apa yang diperintahkan kepada mereka.