11 Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau?Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci?Siapakah yang dapat melakukan mukjizatdan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?
12 Engkau menghulurkan tangan kanan-Mu,lalu bumi menelan musuh-musuh kami.
13 Engkau memimpin umat yang telah Engkau selamatkan,kerana Engkau setia kepada janji-Mu.Dengan kekuatan-Mu yang besar,Engkau memimpin mereka ke tanah-Mu yang suci.
14 Bangsa-bangsa yang mendengar hal itu gementar ketakutan;orang Filistin dicengkam perasaan gentar.
15 Para pemimpin orang Edom gerun;orang Moab yang perkasa gementar;orang Kanaan hilang keberanian.
16 Ketakutan dan kengerian menimpa mereka.Mereka nampak kekuatan-Mu, ya TUHAN,mereka tidak berdaya kerana ketakutan,sehingga umat-Mu telah lalu di hadapan mereka –umat yang Engkau bebaskan daripada perhambaan.
17 Engkau membawa mereka masuk,dan menempatkan mereka di gunung-Mu,tempat yang Engkau, ya TUHAN, pilih untuk menjadi kediaman-Mu;Rumah yang Engkau bina sendiri.