19 Orang Israel melintasi laut di atas tanah yang kering. Tetapi apabila kereta kuda dan kuda orang Mesir, serta pemandu kereta kuda masuk ke dalam laut, TUHAN mengembalikan air sehingga mereka tenggelam.
20 Kemudian Miryam, seorang nabi, iaitu kakak Harun, mengambil tamburinnya. Lalu semua wanita ikut memukul tamburin sambil menari.
21 Miryam bernyanyi untuk mereka,“Bernyanyilah untuk TUHANkerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang;Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.”
22 Kemudian Musa memimpin orang Israel meninggalkan Laut Gelagah dan masuk ke padang gurun Syur. Mereka berjalan melintasi gurun itu selama tiga hari tanpa menjumpai air.
23 Kemudian mereka tiba di suatu tempat yang bernama Mara, tetapi air di situ sangat pahit sehingga tidak dapat diminum. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Mara.
24 Rakyat bersungut terhadap Musa dan bertanya, “Apakah yang hendak kami minum?”
25 Musa berdoa dengan sungguh-sungguh kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan sebatang kayu kepadanya. Musa mencampakkan kayu itu ke dalam air, lalu air itu tidak pahit lagi sehingga dapat diminum.Di tempat itu TUHAN memberikan hukum kepada mereka, dan di situ juga Dia menguji mereka.