8 Engkau meniup laut sehingga airnya tertompok tinggi;airnya tegak lurus seperti tembok;dasarnya yang paling dalam menjadi kering.
9 Musuh berkata, ‘Aku akan mengejar dan menangkap mereka;aku akan membahagi-bahagikan kekayaan mereka,dan mengambil segala yang aku kehendaki;aku akan menghunus pedangku dan mengambil segala milik mereka.’
10 Tetapi dengan hanya satu hembusan nafas-Mu, ya TUHAN,orang Mesir tenggelam;mereka tenggelam seperti timah di dalam air yang dahsyat.
11 Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau?Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci?Siapakah yang dapat melakukan mukjizatdan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?
12 Engkau menghulurkan tangan kanan-Mu,lalu bumi menelan musuh-musuh kami.
13 Engkau memimpin umat yang telah Engkau selamatkan,kerana Engkau setia kepada janji-Mu.Dengan kekuatan-Mu yang besar,Engkau memimpin mereka ke tanah-Mu yang suci.
14 Bangsa-bangsa yang mendengar hal itu gementar ketakutan;orang Filistin dicengkam perasaan gentar.