Keluaran 2:10-16 BMDC

10 Apabila bayi itu besar, perempuan itu membawanya kepada puteri raja, lalu puteri raja menjadikan dia anak angkatnya. Puteri raja berkata, “Aku menamakan dia Musa, kerana aku telah menarik dia keluar dari air.”

11 Apabila Musa sudah dewasa, dia keluar untuk melawat orang Ibrani, orang sebangsanya. Dia melihat bagaimana mereka dipaksa melakukan kerja yang berat. Musa juga nampak seorang Mesir memukul seorang Ibrani, orang bangsa Musa sendiri.

12 Musa melihat di sekeliling, dan apabila dia nampak bahawa tiada sesiapa pun yang mengawasi dia, dia membunuh orang Mesir itu lalu menyembunyikan mayatnya di dalam pasir.

13 Pada keesokan harinya Musa pergi ke sana lagi, lalu nampak dua orang Ibrani bergaduh. Musa bertanya kepada orang yang bersalah, “Mengapa engkau memukul orang sebangsamu sendiri?”

14 Orang itu menjawab, “Siapakah yang melantik kamu menjadi pemerintah dan hakim kami? Adakah kamu hendak membunuh aku sebagaimana kamu membunuh orang Mesir itu?” Musa berasa takut dan berfikir, “Tentu orang sudah mengetahui apa yang telah aku lakukan.”

15 Apabila raja mendengar tentang peristiwa itu, raja cuba mencari jalan untuk membunuh Musa, tetapi Musa melarikan diri ke negeri Midian dan tinggal di sana.Pada suatu hari, Musa sedang duduk dekat sebuah perigi.

16 Imam di Midian, yang bernama Yitro, mempunyai tujuh orang anak perempuan. Kemudian ketujuh-tujuh orang anak perempuan Yitro datang untuk menimba air, lalu mengisi bekas-bekas air untuk domba dan kambing bapa mereka.