18 Apabila gadis-gadis itu pulang, bapa mereka bertanya, “Mengapa kamu cepat sekali pulang hari ini?”
19 Mereka menjawab, “Seorang bangsa Mesir telah menolong kami daripada gangguan gembala-gembala lain. Dia juga menimba air untuk kami dan memberi minum kepada ternakan kita.”
20 “Di mana orang itu sekarang?” tanya Yitro kepada anak-anaknya. “Mengapa kamu meninggalkan orang itu? Pergilah jemput dia makan bersama-sama kita.”
21 Kemudian Musa bersetuju untuk tinggal di situ. Yitro mengahwinkan anak perempuannya, Zipora, dengan Musa.
22 Kemudian Zipora melahirkan seorang anak lelaki. Musa berkata, “Aku orang asing di negeri ini, itulah sebabnya aku menamakan anak ini Gersom.”
23 Bertahun-tahun kemudian raja Mesir mangkat, tetapi orang Israel masih mengeluh kerana diperhamba dan mereka berseru minta tolong. Seruan mereka sampai kepada Allah.
24 Allah mendengar seruan orang Israel, lalu Dia ingat akan perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub.