21 Kemudian Musa bersetuju untuk tinggal di situ. Yitro mengahwinkan anak perempuannya, Zipora, dengan Musa.
22 Kemudian Zipora melahirkan seorang anak lelaki. Musa berkata, “Aku orang asing di negeri ini, itulah sebabnya aku menamakan anak ini Gersom.”
23 Bertahun-tahun kemudian raja Mesir mangkat, tetapi orang Israel masih mengeluh kerana diperhamba dan mereka berseru minta tolong. Seruan mereka sampai kepada Allah.
24 Allah mendengar seruan orang Israel, lalu Dia ingat akan perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub.
25 Allah melihat orang Israel diperhamba dan Dia mengambil berat tentang keadaan mereka.