20 Musa menjawab, “Jangan takut; Allah datang hanya untuk menguji kamu, supaya kamu tetap taat kepada-Nya dan supaya kamu tidak berdosa.”
21 Tetapi umat itu masih berdiri jauh dari situ, dan hanya Musa yang menghampiri awan gelap di tempat Allah berada.
22 TUHAN menyuruh Musa berkata kepada orang Israel, “Kamu telah melihat bagaimana Aku, TUHAN telah berfirman kepada kamu dari langit.
23 Jangan buat berhala bagi diri kamu – berhala daripada perak ataupun emas untuk disembah di samping Aku.
24 Binalah mazbah daripada tanah bagi-Ku; di atasnya persembahkanlah domba dan lembu kamu sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk memohon berkat TUHAN. Di setiap tempat yang Aku tentukan bagi kamu untuk beribadat kepada-Ku, Aku akan datang dan memberkati kamu.
25 Jika kamu membina mazbah daripada batu untuk-Ku, jangan binanya daripada batu yang dipahat, kerana apabila kamu menggunakan pahat padanya, batu itu tidak lagi layak untuk-Ku.
26 Jangan bina mazbah yang bertangga untuk-Ku, supaya tidak kelihatan bahagian badan kamu yang tidak wajar dilihat.”