16 Sesiapa yang menculik orang, sama ada sudah dijual ataupun masih di rumahnya, penculik itu mesti dihukum mati.
17 Sesiapa yang mengutuk bapanya ataupun ibunya mesti dihukum mati.
18 Jika dalam suatu pergaduhan, seseorang memukul orang lain dengan batu atau memukul dia dengan tinju, tetapi tidak membunuhnya, orang itu tidak akan dihukum. Jika orang yang dipukul itu harus berbaring akibat pukulan itu,
19 tetapi kemudian dapat bangun dan berjalan dengan menggunakan tongkat, orang yang memukulnya itu mesti membayar ganti rugi selama orang itu sakit, dan merawatnya sehingga sembuh.
20 Jika seseorang memukul abdinya dengan kayu, sama ada abdi itu lelaki ataupun perempuan, lalu abdi itu mati dengan serta-merta, orang yang memukul abdi itu mesti dihukum.
21 Tetapi jika abdi itu tidak mati selepas satu atau dua hari, tuannya tidak akan dihukum. Kehilangan abdi itu sudah merupakan hukuman baginya.
22 Jika ada beberapa orang lelaki bergaduh lalu mencederakan seorang perempuan hamil sehingga dia keguguran, tetapi perempuan itu sendiri tidak cedera pada bahagian lain, orang yang mencederakan perempuan itu mesti didenda menurut permintaan suami perempuan itu, dengan persetujuan para hakim.