21 Jangan berlaku kejam dan jangan tindas orang asing; ingatlah, dahulu kamu pun orang asing di negeri Mesir.
22 Jangan berlaku kejam terhadap balu atau anak yatim piatu.
23 Jika kamu berlaku kejam terhadap mereka, Aku, TUHAN akan mengabulkan permintaan mereka apabila mereka berseru minta tolong kepada-Ku.
24 Aku akan murka dan membunuh kamu dalam perang. Isteri kamu akan menjadi balu dan anak-anak kamu menjadi yatim.
25 Jika kamu meminjamkan wang kepada seorang yang miskin di kalangan umat-Ku, jangan bertindak seperti peminjam wang yang menuntut faedah wang.
26 Jika kamu mengambil jubah seseorang sebagai jaminan hutangnya, kamu mesti mengembalikan jubah itu sebelum matahari terbenam,
27 kerana jubah itu sahaja yang ada padanya untuk memanaskan badannya. Jika jubah itu tidak dikembalikan, tiada lagi yang dapat dipakainya sebagai selimut. Jika dia berseru minta tolong kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkannya kerana Aku berbelas kasihan.