1 “Jangan sebarkan berita dusta, dan jangan tolong orang yang bersalah dengan memberikan kesaksian palsu.
2 Jangan terikut-ikut kebanyakan orang apabila mereka melakukan kejahatan atau memutarbalikkan keadilan dengan memberikan kesaksian yang tidak benar.
3 Jangan berat sebelah apabila seorang miskin diadili di mahkamah.
4 Jika kebetulan kamu menjumpai lembu atau keldai musuh kamu terlepas, kembalikanlah binatang itu kepada pemiliknya.
5 Jika keldai musuh kamu jatuh kerana bebannya berat, tolonglah dia menegakkan keldai itu; jangan pergi tanpa memberikan pertolongan.
6 Jangan rampas keadilan daripada orang miskin yang datang mengadu di mahkamah.