4 Jika kebetulan kamu menjumpai lembu atau keldai musuh kamu terlepas, kembalikanlah binatang itu kepada pemiliknya.
5 Jika keldai musuh kamu jatuh kerana bebannya berat, tolonglah dia menegakkan keldai itu; jangan pergi tanpa memberikan pertolongan.
6 Jangan rampas keadilan daripada orang miskin yang datang mengadu di mahkamah.
7 Jangan buat tuduhan palsu, dan jangan sebabkan orang yang tidak bersalah dihukum mati, kerana Aku akan menghukum orang yang melakukan kejahatan seperti itu.
8 Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah.
9 Jangan berlaku kejam terhadap orang asing; kamu tahu rasanya menjadi orang asing, kerana dahulu kamu pun orang asing di Mesir.”
10 “Selama enam tahun kamu boleh menanami ladang dan mengumpulkan apa yang dihasilkannya.