13 Lebihan kain selebar 50 sentimeter, sepanjang layar itu harus dibiarkan menutupi sisi Khemah.
14 Buatlah dua penutup lain untuk bumbung Khemah; satu daripada kulit domba jantan yang dicelup merah, dan satu lagi daripada kulit halus sebagai penutup bahagian luar.
15 Buatlah rangka yang tegak lurus daripada kayu akasia bagi Khemah.
16 Setiap batang rangka berukuran 4 meter panjang dan 66 sentimeter lebar.
17 Setiap batang rangka ada dua unjuran yang sepadan, supaya rangka-rangka itu dapat dihubungkan. Semua rangka harus mempunyai unjuran seperti itu.
18 Untuk bahagian selatan Khemah, buatlah dua puluh batang rangka,
19 dengan empat puluh buah alas daripada perak, dua buah alas di bawah setiap batang rangka untuk menyangga kedua-dua unjurannya.